Bagi mengelakkan udang berbau busuk dan sentiasa segar, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini juga menjadikan udang lebih tahan lama.
Sunday, May 10, 2009
Thursday, May 7, 2009
Ramping Dengan Buah Epal
Bagi yang ingin perut kelihatan ramping dan langsing, apa kata gunakan buah epal. Buah yang kaya dengan vitamin A,C dan potasium ini baik untuk membuang sel-sel kulit mati. Caranya mudah saja, ambil dua sudu besar gula merah, dua sudu besar gula pasir, satu sudu besar epal yang telah dihancurkan dan sedikit serbuk kayu manis. Campurkan semua bahan tadi dan sapukan di kulit yang lembap ketika mandi. Gosok dengan gerakan memutar lalu bilas dengan air bersih. Setelah selesai mandi, sapukan losen.
Posted by rizal at 11:20 PM 0 comments
Labels: Petua Kecantikan
Pisang Cantikkan Kulit
Apa yang anda perlukan hanyalah bahan-bahan seperti pisang, strawberi, epal, lobak merah dan juga avocado. Selain berkhasiat terutama dalam hal penghadaman, pisang juga berfungsi dalam kecantikan kulit. Kupas pisang masak dan ambil seperempat bahagian kemudian lumatkan. Sapukan di wajah dan biarkan selam 15-20 minit sebelum dibersihkan dengan air suam diikuti dengan air sejuk atau ais. Keringkan wajah dengan tuala yang lembut.
Posted by rizal at 9:34 PM 0 comments
Labels: Petua Kecantikan
Buah Delima Langsingkan Tubuh
Sudah jemu dengan produk pelangsingan yang tidak memberikan kesan yang positif? Cuba kaedah ini, bukan sahaja menjimatkan tetapi juga selamat daripada kesan sampingan. Ambil isi buah delima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Amalkan dengan minum setiap pagi selepas serapan.
Posted by rizal at 9:26 PM 0 comments
Labels: Petua Kesihatan
Hilangkan Tahi Lalat Hidup
Ada yang menyenangi kewujudan tahi lalat hidup di wajah tetapi ada juga sebaliknya. Bagi yang berhasrat untuk menghilangkan tahi lalat hidup, tumbuk seulas bawang putih separuh lumat. Gosokkan pada tahi lalat dan jika diamalkan selalu tahi lalat tersebut akan hilang.
Posted by rizal at 9:22 PM 0 comments
Tambah Susu Badan
Susu ibu ternyata banyak kebaikannya pada bayi. Bukan sekadar mengenyangkan anak kecil tapi juga mampu merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Bagi ibu yang kekurangan susu badan, rebus daun turi muda dan makan bersama nasi. Amalan ini dapat menambah susu ibu.
Posted by rizal at 9:16 PM 0 comments
Labels: Petua Kesihatan
Bersihkan Kuku Tangan & Kaki
Kuku yang bersih melambangkan kebersihan diri. Ambil limau kasturi dan potong kepada dua bahagian. Gosok limau pada kuku jari dan bilas dengan air suam. Kuku akan kelihatan bersih berseri.
Posted by rizal at 9:06 PM 0 comments
Labels: Petua Kesihatan
Ubi Sengkuang Cerahkan Kulit
Inginkan kulit yang cerah tanpa memerlukan rawatan wajah yang mahal? Ambil sengkuang, parut dan perah untuk mendapatkan airnya. Biarkan seketika untuk mendapatkan pati perahan. Sapukan pada wajah dan amalkan sekali seminggu. Wajah anda lebih halus dan berseri.
Posted by rizal at 9:04 PM 0 comments
Labels: Petua Kesihatan
Bunga Ros Kerap Berbunga
Hampa rasanya jika bunga yang ditanam tidak menjadi. Untuk mengatasinya, potong kecil kulit pisang dan kambus ke dalam tanah pokok bunga ros sebagai baja. Amalkan cara ini tiga kali seminggu. Insya-Allah, anda pasti tersenyum melihat hasilnya dan tanam pokok ros anda akan lebih kerap berbunga.
Posted by rizal at 9:02 PM 0 comments
Redakan Tangan Yang Pijar
Selepas memotong cili, tangan akan terasa panas dan pijar. Atasinya dengan segenggam beras dan ramas berulang-ulang pada tangan.
Posted by rizal at 9:01 PM 0 comments
Labels: Petua Dapur
Ikan Yang Digoreng Tidak Melekat
Untuk memastikan ikan dan ayam yang digoreng tidak melekat pada kuali, ambil dan belah dua sebiji bawang putih. Masukkan ke dalam minyak dan goring seperti biasa.
Posted by rizal at 8:58 PM 0 comments
Labels: Petua Dapur
Membersihkan Lebihan Minyak
Minyak masak yang kelihatan kotor setelah menggoreng ikan boleh diatasi dengan memasukkan beberapa potong ubi kentang semasa menggoreng. Dengan cara ini anda dapat berjimat.
Posted by rizal at 8:57 PM 0 comments
Labels: Petua Dapur
Biskut Tahan Lebih Lama
Cara terbaik untuk menyimpan biskut agar tahan lama dan tidak berbau hapak adalah dengan menaburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biskut. Setelah itu, masukkan biskut dan tutup rapat.
Posted by rizal at 8:51 PM 0 comments
Labels: Petua Dapur
Kacang Hijau Cepat Empuk
Ramai yang menggemari bubur kacang hijau. Tetapi kacang hijau perlu direbus dahulu. Ada sesetengah orang mengambil masa berjam-jam untuk memastikan kacang hijau empuk. Cara paling mudah dan cepat memasaknya ialah dengan merebus menggunakan api sederhana perlahan, mungkin ramai menganggap ia lambat tetapi cubalah. Anda akan percaya ianya cepat empuk. Petua ini juga boleh digunakan untuk merebus daging dan juga bubur nasi.
Posted by rizal at 8:00 PM 0 comments
Labels: Petua Dapur
Cuci Periuk Hangit
Periuk nasi yang hangit pasti menjadikannya hitam dan berkerak. Untuk mengembalikannya seperti sedia kala, ambil dua batang serai bersama daunnya serta beberapa kulit kerang. Potong serai tersebut serta daunnya diramas sekali. Masukkan bersama-sama kulit kerang dan rendamkan periuk tersebut selama sejam. Biarkan air dari daun dan batang serai meresap ke dalam kerak hangit dan membantu menanggalkan kesan tersebut. Setelah itu, gosok periuk menggunakan kulit kerang berserta serai pada tempat yang hangit dan cuci seperti biasa. Insya-Allah periuk bersih seperti sedia kala.
Posted by rizal at 7:27 PM 0 comments
Labels: Petua Dapur
Cekam Di Kaki
Masalah cekam di kaki kadangkala membuatkan kita kurang selesa. Jika dibiarkan berterusan, membuatkan kaki mengeluarkan bau yang kurang enak. untuk menyembuhkan cekam tersebut, tuangkan air suam ke dalam baldi. Kemudian masukkan beberapa asam keping dan biarkan selama dua minit. Rendam kaki yang ada cekam selama 15 minit. Lakukan setiap hari sehingga cekam tersebut sembuh.
Posted by rizal at 5:37 PM 0 comments
Labels: Petua Kecantikan
Jerawat Tidak Berparut
Jerawat tidak diundang akan meninggalkan parut yang hodoh pada kulit wajah. Untuk mengatasinya, ambil sedikit tepung kanji dibancuh dengan putih telur. Larutkan dan sapukan pada jerawat yang timbul di muka. Cara ini tidak meninggalkan parut bila jerawat mulai sembuh.
Posted by rizal at 5:33 PM 0 comments
Labels: Petua Kecantikan
Air Kelapa Penawar Denggi
Ambil beberapa helai daun pucuk betik jantan, dikisar lalu perah airnya. Kemudian campurkan dengan air kelapa. Amalkan meminumnya, Insya-Allah demam denggi akan sembuh dan paras bacaan darah akan naik.
Posted by rizal at 5:17 PM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
LEPAK-LEPAK LANGSING MENAWAN
Mengawal atau membatasi kuantiti makanan yang diambil setiapa hari dapat membantu dalam amalan berdiet.
BROKOLI
Mengandungi alpha lipoicaccid yang berguna
Untuk mencegah kolagen,selenium yang memaksimumkan
Vitamin C, E dan beta karoten, serta mengandungi kalsium.
AVOKADO
Walaupun anda jarang atau tidak gemar menikmati buah ini,
Tetapi sekali sekala cubalah nikmatinya. Lama kelamaan
Anda tentu akan biasa. Buah ini mengandungi kalori yang tinggi
Tetapi ia turut mengandungi asid lemak sensual yang amat baik untuk kulit.
Kandungan vitamin E dan beta sisosterol, serta serat di dalamnya
Juga membantu mengatasi masalah kolesterol.
NANAS
Buah ini banyak membantu
Untuk memperbaiki serat
Kolagen yang rosak.
Selain itu, ia juga mengandungi
Vitamin C.
PISANG
Enaknya jika dapat menikmati pisang masak
Mentah-mentah. Pisang seperti pisang emas,
Pisang montel atau pisang berangan mudah
Didapati di pasar dan pasar raya.
Kandungan postium dan vitamin v6 di dalam pisang
Bermanfaat untuk mengatasi masalah kelebihan cairan
Di dalam tubuh.
Posted by rizal at 9:16 PM 0 comments
Labels: Petua Kesihatan
BULU MATA LEBIH LEBAT
Tidak perlu menggunakan mascara
Untu mendapatkan bulu mata yang
Lebat. Rendamkan serbuk the pekat
Semalaman dan sapukan pada bulu
Mata dengan menggunakan hujung jari
Telunjuk.Anda juga boleh menggunakan
Minyak zaitun dan lakukan pada setiap malam.
Posted by rizal at 9:00 PM 0 comments
Labels: Petua Kecantikan
ATASI DARAH TINGGI
Bagi yang mengidap penyakit darah tinggi
Ambil sebiji lobak putih dan gula batu.
Kisar dan minum air perahan tersebut. Amalkan
Meminum dua kali sehari.
Posted by rizal at 9:00 PM 0 comments
BAWANG PUTIH HILANGKAN KUTU KEPALA
Kutu menyebabkan seluruh kepala terasa gatal.
Untuk menghilangkan kutu, sediakan tiga
Ulas bawang putih dan tumbuk. Gaulkan bersama
Tiga sudu minyak masak dan lumurkan bahan tersebut
Di atas kepala. Biarkan selama 10 minit dan sisirkan rambut
Tersebut dia atas kepala.
Posted by rizal at 9:00 PM 0 comments
BUNGA TANJUNG LEGAKAN SAKIT KEPALA
Sekiranya anda kerap sakit kepala,
Ambil beberapa helai daun pokok
Tanjung. Tumbuk hingga lumat dan
sapukan pada bahagian yang sakit.
Biarkan selama satu jam.
Posted by rizal at 8:59 PM 0 comments
Monday, April 6, 2009
Mengelak pedih mata semasa memotong bawang
Caranya ialah:
Ambil sebiji bawang kecil, kemudian cucuk pada hujung mata pisau yang hendak digunakan untuk memotong bawang besar.
Selamat Mencuba
Posted by rizal at 9:53 PM 0 comments
Labels: En. Zaini
Sunday, April 5, 2009
Sekapur Sireh Seulas Pinang
SIREH - Dimengertikan sifatnya yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain
sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat
memanjat pohon sirih di atas junjung atau pokok sakat atau juga pokok api-api
yang digemairnya dan dalam masa yang sama tidak merosakkan junjung itu.
KAPUR - Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan
tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah. Walaupun
kapur ini diperolehi hasil prosesan cengkerang kerang atau batu kapur, ianya
berwarna putih bersih, tetapi tindakbalasnya boleh melecurkan.
GAMBIR - Dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
Warna daun gambir yang kekuning-kuninangan serta melalui pemprosesan
untuk mendapatkan sarinya sebelum boleh dimakan bersama sirih.
PINANG - Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi
darjatnya serta jujur. Bersedia melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka
dan bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar pokok pinang itu yang tinggi
lurus ke atas serta mempunyai buah yang lebat dalam setandan.
Posted by rizal at 11:50 PM 0 comments
Labels: Sekapur Sireh
Posted by rizal at 6:36 PM 0 comments
Labels: Petua Kesihatan
Petua sakit kepala
petua sakit kepala
ambik beberapa helai daun sirih, ramaskan dalam air hingga hancur. selawat dahulu kemudian lumurkan ke rambut anda. insyallah dengan izinnya.
Posted by rizal at 6:36 PM 0 comments